fbpx

Konflik Palestin-Israel: Bahan api untuk inkubator atau kedai roti?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki berdiri di sebelah inkubator yang menempatkan bayi perempuannya di sebuah hospital di Rafah, 23 Oktober lalu. – AFP

BANDAR GAZA – Sebuah lagi hospital ditutup di Gaza semalam selain sebilangan yang lain dijangka turut menamatkan operasi dalam masa beberapa jam disebabkan kehabisan bekalan bahan api akibat pengeboman tanpa henti askar Rejim Zionis, lapor akhbar Metro UK.

Pasukan perubatan terpaksa memilih untuk hanya merawat kes-kes kecemasan berikutan kebimbangan bekalan perubatan lain turut habis selepas angka mangsa yang cedera melebihi 18,000 orang.

Banyak nyawa bergantung pada aliran elektrik yang berterusan, namun apabila penjana berhenti, tiada apa yang boleh dilakukan untuk pesakit termasuk bayi pramatang dalam inkubator.

Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) telah menghantar stok makanan kepada kedai-kedai roti supaya penduduk yang berlindung diberi makan.

Namun, kakitangan bantuan memberi amaran bahawa baki bekalan bahan api akan kehabisan hari ini jika agensi tersebut terus bertindak demikian.

“Adakah kita patut menggunakan bekalan bahan api untuk inkubator (bayi di hospital) atau kedai roti?

“Adakah kita perlu menyimpan bekalan air bersih atau menghantar trak ke sempadan (untuk membawa bekalan makanan)? Ia satu keputusan yang menyayat hati,” kata seorang pekerja. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI