fbpx

Jadi hamba seks bapa kandung sejak usia 6 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

MUAR – Seorang pekerja kebun yang juga bapa durjana tergamak merogol anak kandungnya sendiri sejak berusia enam tahun sehingga berusia 17 tahun dan mengandung di rumahnya berhampiran Parit Jawa di sini.

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, laporan sumbang mahram terbabit diterima pihaknya semalam kira-kira pukul 9 malam.

“Pada 28 Oktober (semalam), mangsa telah hadir ke balai polis membuat aduan telah dirogol oleh bapa kandungnya tanpa kerelaan.

“Mangsa berusia 17 tahun warganegara tempatan telah mendapati dirinya mengandung hasil ujian saringan air kencing.

“Hasil soal siasat mendapati mangsa telah dirogol sejak berusia enam tahun sehingga kejadian baru-baru ini pelajar malang terbabit telah mengandung,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Muar di sini hari ini.

Tambah Raiz Mukhliz, suspek warganegara tempatan berusia 41 tahun itu telah ditahan oleh pihak polis di rumahnya pada pukul 1.20 pagi hari ini.

“Ujian air kencing menunjukkan suspek positif dadah dan siasatan masih berjalan. Kes disiasat mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan di mana sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum sehingga 30 tahun dan 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

“Suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 4 November,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI