PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga pukul 9 pagi ini.
MetMalaysia menerusi kenyataannya di Facebook berkata, kawasan terlibat adalah di Terengganu, Pahang, Johor dan Sarawak.
“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Terengganu (Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman) serta Pahang (Rompin).
“Turut terlibat adalah negeri Johor (Mersing) dan Sarawak di Kuching (Kuching), Samarahan, Betong (Betong dan Kabong), Kapit (Kapit) serta Bintulu (Tatau),” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE