fbpx

EPL: Ten Hag mungkin guna taktikal sama musim lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FERNANDES mungkin akan beraksi di bahagian sayap kanan bagi membantu United mencipta lebih banyak gerakan dan peluang meledak gol. - AFP

MANCHESTER – Kembali berdepan kekalahan pastinya bukan menjadi pilihan buat Manchester United selepas mereka merakam dua kemenangan berturut-turut pada aksi Liga Perdana Inggeris sebelum apabila dijadual menentang seteru setempat, Manchester City malam ini.

Skuad kendalian Erik Ten Hag sangat memerlukan tiga mata untuk memperbaiki kedudukan mereka yang menghuni tangga kelapan selepas hanya mengumpul 15 mata daripada sembilan perlawanan dan ia bukanlah permulaan musim yang diinginkan.

Bagaimanapun, menentang seteru setempat itu bukanlah suatu yang mudah untuk direalisasikan harapan tersebut, namun Ten Hag pernah melakukannya pada Januari lalu apabila meraih kemenangan 2-1 juga ketika aksi di Old Trafford.

Pertemuan kali ini menyaksikan pengendali dari Belanda itu mungkin akan menggunakan taktikal yang sama seperti ketika meraih kemenangan itu apabila menukar posisi kaptennya, Bruno Fernandes ke posisi berbeza.

Fernandes mungkin sekali lagi akan diarahkan bermain di bahagian sayap kanan seperti ketika mereka meraih kemenangan tersebut terutama apabila Antony dilihat tidak berada pada tahap terbaik, manakala Facundo Pellistri juga belum mempamerkan aksi meyakinkan.

Kehilangan Fernandes di bahagian tengah tidak begitu menjejaskan United apabila mereka masih memiliki beberapa nama lain seperti Mason Mount, Christian Eriksen Scott McTominay dan Casemiro untuk melakukan tugas berkenaan.

“Sebagai sebuah pasukan, akan ada tiba masanya anda perlu berdepan beberapa situasi kecederaan. Kami mengalaminya apabila melibatkan pemain pertahanan dan pemain sayap dalam beberapa perlawanan lalu.

“Kami perlu menjadi jalan. Bruno adalah seorang pemain yang mampu beraksi baik di bahagian sayap, dia mendapat kebebasan, tidak bermain dengan cara yang biasa, tetapi dia mampu masuk ke dalam kotak penalti lebih kerap.

“Walaupun beraksi di bahagian tepi, dia mampu memainkan peranan sebagai pemain nombor 10, mencipta banyak gerakan dan mungkin boleh menghasilkan jaringan,” kata Ten Hag. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI