fbpx

EPL: Klopp terpaksa ubah demi pemain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KLOPP

LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp memberi bayangan untuk melakukan sistem penggiliran pemain bermula aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Nottingham Forest di Anfield malam ini.

Menyedari jadual pertandingan domestik seperti tidak memihak kepada The Reds, Klopp, 56, membuat keputusan untuk melakukan beberapa perubahan dalam kesebelasan utama pada tiga aksi Liga Europa sebelum ini.

“Ia (jadual padat) sesuatu yang tidak bagus, namun kami sudah lama menyedari perkara ini, jadi ia bukan satu masalah. Pemain yang tidak bermain akan mempunyai sesi lebih sempurna pada latihan seterusnya.

“Setakat ini kami boleh lakukan penggiliran kerana kami tidak ada ramai pemain yang cedera dan saya harap ia berterusan. Jadi ramai pemain yang tidak diturunkan menentang Toulouse (Liga Europa) akan memulakan perlawanan dengan Forest.

“Kami sedang melakukan persiapan dan kami sudahpun menemui rentak. Sepatutnya pemain perlu memanfaatkan keadaan ini dan saya rasa segalanya berada dalam situasi terbaik,” katanya.

Berdasarkan rekod empat pertemuan terakhir, Liverpool dilihat bergelut untuk mengatasi Forest apabila sekadar menang tipis 3-2 selain pernah tewas kepada lawan itu dengan keputusan 0-1 pada Oktober tahun lepas.

Bagaimanapun, The Reds dijangka mampu mengutip tiga mata kerana sedang berada pada momentum terbaik dengan rekod rekod tanpa kalah dalam empat aksi terakhir termasuk membelasah Toulouse 5-1 di saingan Liga Europa kelmarin.

“Kami hanya perlukan tempoh masa untuk pemulihan, selagi kami memiliki semua itu, ia tidak akan menjadi masalah dan selebihnya kami kena sentiasa bersedia,” jelas Klopp. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI