fbpx

Buku kisah perjuangan “Anwar Triumphs” dilancarkan hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika melancarkan buku "Anwar Triumphs" di Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – Buku bertajuk “Anwar Triumphs” mengisahkan tentang perjuangan dan kebangkitan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam politik Malaysia dilancarkan di ibu negara hari ini.

Majlis pelancaran buku setebal 195 muka surat ditulis peguam jenayah terkemuka Australia, Mark Trowell tersebut disempurnakan sendiri oleh Perdana Menteri.

“Anwar Triumphs” antara lain menghidangkan pembacanya tentang kisah luar biasa perjalanan Anwar dalam merungkai politik Malaysia.

Mendedahkan perihal kejatuhan dramatik kerajaan Pakatan Harapan dan politik huru-hara susulan gerakan strategik politik mendapatkan kuasa.

Buku itu turut menceritakan tentang perjalanan luar biasa Anwar mencapai kemenangan dalam sebuah persaingan jangka masa panjang.

Begitu juga mengenai pengkhianatan politik yang dialami Anwar dan inisiatif berani beliau untuk mengukuhkan negara.

Sejarah Pilihan Raya Umum Ke-15 yang menyaksikan Parlimen tergantung sehingga kepada pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri turut didedahkan.

Menurut Trowell, buku itu bukan hanya tentang Anwar menjadi Perdana Menteri, tetapi untuk menceritakan keseluruhan gerakan reformasi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI