fbpx

Bergurau bab muka Jihan, aduhai Nabil Ahmad!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGACARA Nabil Ahmad dikecam apabila bergurau kasar kali ini mengenai wajah (face shaming) rakan gandingannya, Jihan Muse pada konsert keenam All Stars Gegar Vaganza (GV10) malam ini.

SHAH ALAM – Pengacara Nabil Ahmad sekali lagi menuai kecaman netizen apabila bergurau kasar kali ini mengenai wajah (face shaming) rakan gandingannya, Jihan Muse pada konsert keenam All Stars Gegar Vaganza (GV10) malam ini.

Dalam gurauan tersebut, Nabil bertanya sama ada Jihan pernah mempunyai pengalaman menerima luahan cinta daripada mana-mana lelaki.

“Kau pernah tak ada lelaki luahkan dia ‘crush’ pada kau?

“Mestilah tak ada sebab dulu muka kau macam mana pula,” seloroh Nabil.

Bagaimanapun, gurauan tersebut menerima reaksi negatif daripada khalayak yang menyifatkan Nabil tidak sensitif dan masih gemar melakukan ‘face shaming’ terhadap orang lain.

“Kita faham Nabil dan Jihan rapat, bertahun-tahun menjadi hos GV tetapi buat lawak di hadapan umum seperti itu tidak baik. Tak suka ‘face shaming’ atau ‘body shaming’,” komen netizen.

“Saya rasa tidak lawak lagi apabila Nabil bergurau (face shaming) Jihan tentang penampilannya sebelum ini. Sudah tahun 2023, bolehkah beri jenis lawak lebih baik?” selar pengguna media sosial. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI