fbpx

Berdukung sakan, lupakah Janna, Andi?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JANNA NICK dikecam kerana bermesraan dengan Andi Bernadee walaupun telah berstatus isteri orang.

SELEPAS melakonkan babak ‘terlajak manja’ dengan pelakon, Shukri Yahaya dalam sebuah drama, aktres Janna Nick sekali lagi menuai kecaman netizen apabila merelakan diri didukung pula oleh penyanyi, Andi Bernadee.

Difahamkan adegan berkenaan dirakamkan dalam drama berjudul Melastik Ke Hatimu. Bila tengok lama-lama, memang rasa nak ‘berdarah’ mata dek aksi manja Janna didukung Andi menerusi beberapa keping foto yang dikongsikan pelakon itu dalam Instagramnya.

Netizen apatah lagi, masing-masing pun berhujah mempertikaikan status Janna sebagai seorang isteri kepada Dini Schatzmann.

Rasanya Janna sendiri tidak kisah dikecam netizen. Sebab dia sendiri tidak menutup ruangan komen dan membiarkan sahaja dirinya dikritik. Dah kebal agaknya.

Maka berduyun-duyunlah ‘ustaz dan ustazah’ media sosial meninggalkan komen, mengutuk tindakan kedua-dua selebriti itu.

“Teguran agama diendahkan. Pujian dunia diutamakan,” kata seorang netizen.

“Status isteri orang. Kena jaga juga maruah suami,” tegur netizen.

Apa-apa sajalah Janna. Apa yang penting, lakonan awak memang terbaik!

DIVA: Sophia Albarakbah kata dia sudah terlalu lama jadi orang baik. Maksudnya?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI