fbpx

Springboks juara Piala Dunia Ragbi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain Afrika Selatan meraikan kejayaan menjulang Piala Dunia Ragbi selepas menewaskan New Zealand dengan keputusan 12-11 di pentas final awal pagi tadi. - AFP

PARIS – Kapten pasukan Afrika Selatan, Siya Kolisi mengakui cukup puas dapat membantu pasukan mempertahankan trofi Piala Dunia Ragbi 2023 selepas menewaskan New Zealand dengan keputusan 12-11 di pentas final awal pagi semalam.

Kata Kolisi, kemenangan serta kejayaan bergelar juara dunia buat kali keempat dalam sejarah cukup penting dalam usaha menyatukan rakyat Afrika Selatan yang dilihat sering berpecah ketika ini.

“Peminat yang tidak berada di Afrika Selatan pasti sukar untuk memahami betapa pentingnya kejayaan ini buat kami. Apa yang kami lalui sepanjang kempen Piala Dunia ini bukan demi sukan ragbi semata-mata.

“Semua kena tahu negara kami agak bergolak ketika ini dan kemenangan ini adalah hadiah buat semua peminat kami di tanah air. Secara keseluruhan, kita layak untuk menang selepas mempamerkan prestasi konsisten sepanjang kejohanan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI