fbpx

[VIDEO] Konflik Palestin-Israel: Budak tersenyum ketika diselamatkan di bawah runtuhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar dari video yang tular di media sosial ketika ini.

PETALING JAYA – Satu klip video yang kini tular di media sosial menyaksikan seorang kanak-kanak lelaki tersenyum selepas berjaya diselamatkan pasukan petugas kesihatan.

Kanak-kanak lelaki itu dilaporkan terperangkap dalam runtuhan bangunan rumah keluarganya sendiri selepas kediaman tersebut dibom oleh tentera rejim Zionis.

Melalui klip video tersebut, kanak-kanak lelaki itu tersenyum sambil meniarap ketika pasukan penyelamat berjaya menjumpainya dalam runtuhan terbabit.

“Seorang budak lelaki dijumpai terselamat ketika dijumpai, budak ini sungguh kuat walaupun berada dalam kesakitan tetapi dia masih tersenyum,” jelas hantaran tersebut.

Pengguna media sosial turut memuji sikap berani kanak-kanak itu dan ada juga yang mendoakan keselamatan Palestin yang sedang bergelut dalam kancah peperangan ketika ini.

“Masya-Allah, sungguh kuat anak ini, dia mampu tersenyum walau dalam kesakitan. Hindarilah dari kesukaran sahabat di sana,” kata Mahmood Hussian.

“Jika saya berada dalam situasi itu, mungkin saya sudah menangis ketakutan, kekuatan yang ada pada kanak-kanak ini sebenarnya memberi kekuatan pada saya sendiri.

“Terus kuat saudaraku, kamu pasti menang selepas ini,” kata Firdaus Saisi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI