fbpx

TikTok nafi sekat kandungan pro-Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar diambil di Mulhouse, timur Perancis pada 19 Oktober lalu menunjukkan logo aplikasi perkongsian video media sosial Tik Tok yang dipantulkan dalam cermin. - AFP

BEIJING – Platform perkongsian video pendek, TikTok menafikan tuduhan kerajaan Malaysia bahawa pihaknya menyekat kandungan yang menyokong Palestin dan menganggap dakwaan Kuala Lumpur sama sekali ‘tidak berasas’, lapor laman berita Wion News semalam.

Jurucakap TikTok menerusi satu e-mel kepada agensi berita Reuters menyatakan, pihaknya menolak dakwaan itu dan menegaskan platform tersebut komited dalam melindungi masyarakat.

“Tuduhan itu tidak berasas. Garis panduan komuniti kami terpakai sama rata untuk semua kandungan di TikTok dan kami komited untuk menguatkuasakan dasar kami secara konsisten untuk melindungi komuniti kami,” kata jurucakap itu.

Gergasi teknologi, Meta mengulas dengan mengatakan bahawa dakwaan yang dilemparkan oleh kerajaan Malaysia terhadap pertubuhan itu sebagai ‘tidak benar’ dan pihaknya tidak berniat untuk menyekat suara rakyat Palestin di platformnya.

Kedua-dua Meta dan TikTok menamakan Hamas, pejuang Palestin yang mentadbir Gaza, sebagai sebuah ‘organisasi berbahaya’ dan menyekat kandungan yang mengagungkannya.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil pada Khamis lalu mendedahkan bahawa terdapat bukti bahawa penyedia platform media sosial TikTok secara sistematik telah menurunkan kandungan berkaitan konflik Palestin-Israel dari Malaysia.

“Jika isu ini diabaikan, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil pendekatan dan pendirian yang sangat tegas,” kata Fahmi dalam satu hantaran.

Fahmi seterusnya berkata, banyak pihak menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap platform media sosial yang didakwa menyekat kandungan pro-Palestin. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI