fbpx

Tergamam kereta tiba-tiba masuk laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kereta Volvo yang tenggelam di Pantai Klebang, Melaka.

MELAKA – Sebuah kereta jenis Volvo dipandu seorang lelaki warga Bangladesh tenggelam di Pantai Klebang di sini gara-gara dia terlupa untuk menarik brek tangan kenderaan terbabit, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, hasil soal siasat, pemandu berusia 38 tahun yang bekerja sebagai peniaga itu memberitahu dia ke lokasi tersebut pada pukul 5 pagi untuk berehat.

Katanya, dia bagaimanapun terlelap dan terlupa untuk menarik brek tangan sehingga kereta itu menggelongsor ke kawasan tambak.

“Kenderaan yang dia pandu itu kemudian telah tersangkut dan tidak dapat bergerak sehingga air pasang.

“Separuh daripada kenderaan itu telah tenggelam di dalam air, dia ada memanggil lori tunda namun tidak mempunyai wang mencukupi untuk membayar perkhidmatan tersebut,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, semakan lanjut ke atas kenderaan tersebut mendapati ia didaftarkan atas nama lelaki berkenaan.

“Pihak Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) telah menunda kenderaan itu dan dibawa ke pusat simpanan untuk tuntutan kos urusan terhadap pemilik,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI