fbpx

Sultan Johor zahir ucapan terima kasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster ucapan terima di Facebook Sultan Ibrahim

PETALING JAYA – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan ucapan terima kasih buat rakyat di seluruh negara.

Baginda dalam satu hantaran di Facebook menzahirkan ucapan tersebut susulan ucapan tahniah yang diterima daripada rakyat sempena pemilihan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakyat Johor dan rakyat Malaysia di seluruh negara atas doa dan ucapan selamat mereka di atas pemilihan saya sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 oleh Majlis Raja-raja,” titahnya.

Terdahulu, Baginda akan menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dari Pahang, yang penggalnya akan tamat pada 30 Januari tahun depan.

Sementara itu, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pula dipilih sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI