fbpx

Pusat pemindahan kekal bencana mula beroperasi tahun 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Armizan (tiga dari kiri) meninjau tapak cadangan pembinaam PPKB di SK Banggal Peradong, Manir, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Pusat pemindahan kekal bencana (PPKB) yang dilengkapi lebih banyak kemudahan untuk mangsa banjir dijangka dapat mula beroperasi dalam tempoh tiga tahun lagi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, buat permulaan, sembilan lokasi telah dipilih untuk pembinaan PPKB tersebut dengan keutamaan diberi kepada negeri yang sering dilanda banjir besar.

Beliau berkata, pembinaan PPKB tersebut kini dalam peringkat reka bentuk dengan proses pengeluaran tender bakal dijangka bermula pada awal tahun depan.

“PPKB tersebut akan mempunyai persekitaran dan kemudahan yang lebih baik berbanding pusat penempatan sementara (PPS) sedia ada.

“Had siling kos pembinaan setiap PPKB ialah RM5 juta dengan dilengkapi kemudahan seperti dewan penginapan, tandas, bilik mandi, ruang membasuh pakaian, dapur dan sudut makan, ruang khas wanita, bilik pentadbiran, bilik petugas, stor makanan serta keperluan asas, bilik rawatan dan surau,” katanya di sini hari ini.

Lapan lokasi lain PPKB yang dicadangkan pembinaannya ialah di Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tinggi, Pasir Mas, Kelantan; SK Seri Medan, Batu Pahat, Johor; SK Benta, Kuala Lipis, Pahang dan SK Perwira, Teluk Intan di Perak.

PPKB juga dicadang dibina di SK Machang Bubok, Pulau Pinang; SK Beradek, Kuching, Sarawak sementara di Kedah dan Sabah pula masih di peringkat penilaian Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) negeri berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI