fbpx

PPIM tidak terlibat dengan ‘Himpunan Sejuta Ummah Tolak IHR’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video seorang individu yang mengaku sebagai pegawai PPIM di media sosial.

PETALING JAYA – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menafikan pihaknya terlibat dengan ‘Himpunan Sejuta Ummah Tolak IHR’ yang tular di media sosial baru-baru ini.

PPIM dalam kenyataan berkata, himpunan tersebut merupakan inisiatif daripada individu yang mengaku sebagai pegawai PPIM.

“Individu itu bukanlah seorang pegawai rasmi PPIM, tetapi adalah sukarelawan yang menjalankan inisiatif itu atas kehendak peribadi.

“Kami mengambil kesempatan ini untuk menjelaskan bahawa PPIM tidak mempunyai kaitan rasmi dengan penganjuran program itu dan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang tindakan atau kenyataan yang dibuat oleh individu terbabit,” katanya.

Bagaimanapun PPIM berkata, pihaknya menyokong usaha individu terbabit yang menawarkan platform bagi rakyat menyampaikan kebimbangan mereka.

Tambah kenyataan itu, PPIM adalah pertubuhan yang berusaha untuk menyuarakan hak dan kepentingan pengguna Islam di negara ini, menjalankan aktiviti secara telus dan beretika.

“Kami juga menasihatkan semua pihak supaya lebih berhati-hati dan teliti sebelum menerima atau menyokong sebarang program atau inisiatif yang dikaitkan dengan PPIM,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI