fbpx

Piala Dunia Ragbi: All Blacks idam terus kejutkan pengkritik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEW ZEALAND tidak diletakkan harapan besar untuk mara ke final, namun mereka telah membuktikan sebaliknya apabila berpeluang untuk menjulang kejuaraan kali ini. - AFP

PARIS – Selepas tujuh minggu aksi di padang, Piala Dunia Ragbi 2023 akhirnya saingan itu semakin menghampiri penghujung dengan menyaksikan pertembungan final melibatkan dua pasukan gergasi New Zealand dan Afrika Selatan di Stade De France awal pagi esok.

New Zealand pastinya sedang merencana strategi terbaik untuk memastikan kemenangan mampu menjadi milik mereka bagi menjadikannya hadiah perpisahan memandangkan beberapa pemain legenda mereka dijangka bersara sejurus berakhirnya final tersebut.

Sembilan pemain senior All Blacks termasuk Sam Whitelock, Brodie Retallick, Aaron Smith dan Dane Coles sedang bersiap untuk memberikan terbaik sebelum menggantung jersi kebangsaan.

Ketua Jurulatih New Zealand, Ian Foster berkata, beliau berbangga kerana dapat membawa pasukan kendaliannya itu ke pentas final biarpun sekiranya keputusan nanti tidak memihak kepada pasukannya.

“Adalah satu penghormatan untuk mengibarkan bendera negara kami ke pentas final Piala Dunia sekali lagi.

“Kami berbangga dengan apa yang kami capai setakat ini dalam kejohanan ini, tetapi tugas itu belum selesai dan kami tahu sepenuhnya cabaran yang bakal menanti.

“Tujuh kejohanan Piala Dunia yang telah diadakan di luar New Zealand, All Blacks hanya berjaya memenangi satu. Ia menunjukkan betapa sukarnya untuk melakukannya tetapi pasukan yang ada ketika ini berazam memberikan yang terbaik,” katanya.

Tambahnya, pasukannya itu dikritik hebat sebelum ini ekoran kekalahan kepada Ireland pada aksi peringkat kumpulan sebelum ini serta rekod perlawanan ketika aksi pemanas badan sebelum kejohanan yang tidak berpihak kepada mereka.

“Ia akan menjadi perlawanan sukar apabila anda cuba untuk mendapatkan aksi terbaik dan bertambah sukar apabila semua orang melihatnya dengan cara berbeza. Kami banyak belajar mengenai diri sendiri.

“Kejayaan kami mara ke final mungkin kejutan bagi sesetengah pihak, namun saya fikir ia tidak mengejutkan kami. All Blacks sudah bersedia untuk aksi final kali ini dan kami mahu membawa pulang kejuaraan,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI