fbpx

Piala AFC: Prestasi TFC nyaris undang aib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORDE (kiri) meledak gol pertama TFC sebelum mereka bangkit mengikat Stallion Laguna biarpun ketinggalan dengan dua gol sebelum itu.

PENGENDALI Terengganu FC (TFC), Tomislav Steinbruckner berang dengan persembahan anak buahnya yang hanya mampu seri 2-2 dengan kelab Filipina, Stallion Laguna FC dalam aksi Piala AFC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus kelmarin.

Jurulatih berasal Croatia itu mengakui pemain-pemainnya beraksi di bawah kemampuan sebenar sepanjang 90 minit permainan berkenaan.

“Saya sangat tidak berpuas hati, kami beraksi buruk dan ini bukan permainan sebenar TFC.

“Pergerakan pemain (skuad Sang Penyu) perlahan, banyak kesilapan taktikal, hantaran kurang tepat dan kerap salah membuat keputusan,” katanya selepas perlawanan kelmarin.

Pada perlawanan itu, TFC hampir menanggung malu apabila jaringan Griffin McDaniel minit keenam dan Ngong Sam Stephen (m-41) memberi kelebihan awal buat Stallion Laguna.

Begitupun, skuad Sang Penyu berjaya bangkit menerusi jaringan Sony Norde dalam masa tambahan babak pertama sebelum Adisak Kraisorn menyelamatkan maruah TFC dengan gol penyamaan di hujung permainan.

Keputusan tersebut menyaksikan TFC terlepas peluang naik ke tangga teratas kumpulan selepas pendahulu, Bali United tumpas 3-6 di tangan kelab Australia, Central Coast Marriners.

Steinbruckner berkata, beliau tidak dapat menerima sekiranya prestasi buruk anak buahnya tersebut disebabkan terlalu memandang rendah kemampuan Stallion Laguna.

Jelas beliau, skuad kendaliannya bernasib baik mampu bangkit setelah ketinggalan dua gol untuk menyamakan kedudukan lalu mengutip satu mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI