fbpx

Penghantar barang maut motosikal bertembung Toyota Camry

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN motosikal mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 69.9, Jalan Johor Bahru-Batu Pahat berhampiran Kampung Sungai Naga, Api-Api, Pontian, petang semalam.

PONTIAN – Seorang penghantar barang maut selepas motosikal ditunggang bertembung sebuah kereta Toyota Camry dalam kemalangan di Kilometer 69.9, Jalan Johor Bahru-Batu Pahat berhampiran Kampung Sungai Naga, Api-Api, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 3.15 petang itu melibatkan Muhammad Firdaus Mohd Sukaini, 24, yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15.

Katanya, hasil siasatan awal kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggang mangsa melanggar bahagian depan kereta Toyota Camry dipandu seorang wanita berusia 64 tahun yang keluar dari simpang Kampung Sungai Naga.

“Akibat dari pelanggaran tersebut, penunggang motosikal telah terjatuh dan mengalami kecederaan. Mamgsa kemudian dihantar ke Hospital Pontian sebelum dirujuk kepada Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.

“Bagaimanapun pada pukul 7.45 malam semalam mangsa telah meninggal dunia akibat mendapat kecederaan parah di bahagian dalaman di wad kecemasan hospital terbabit,” katanya dalam kenyataan di sini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI