fbpx

Pemandu rentung Toyota Vios terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kereta Toyota Vios selepas terbakar akibat terlibat kemalangan di Kilometer 49.5 Jalan Batu Pahat Mersing berhampiran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Kluang awal pagi hari ini.

KLUANG – Seorang pemandu yang belum dikenal pasti identitinya ditemui maut terbakar selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 49.5 Jalan Batu Pahat Mersing berhampiran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) di sini awal pagi hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, Deputi Superintendan Nik Mohd Azmi Husin berkata, kejadian berlaku melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Vios yang dipandu mangsa serta sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Hyundai Starex yang dinaiki lima individu.

Katanya, siasatan awal mendapati kereta Toyota Vios datang dari arah Kluang menuju ke Batu Pahat manakala Hyundai Starex dari arah bertentangan.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan MPV terbabit lalu terbabas ke sebatang pokok di bahu jalan dan terbakar.

“Akibat daripada itu, pemandu kereta Toyota Vios telah rentung dan meninggal dunia di lokasi kejadian menyebabkan tidak dapat dipastikan identitinya,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Menurut Nik Mohd Azmi lagi, tiga penumpang MPV yang juga warganegara Singapura, Lee Zi Sun, 50, Chong Siew Fah, 47, dan Lee Chen Hao, 11, mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan dan kini dirawat di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI