fbpx

Pemandu maut lori muatan balak terjunam ke dalam gaung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN lori dipandu mangsa yang terbabas dan terjunam ke dalam gaung di Hutan Simpan Jelai dekat Sungai Koyan di Lipis hari ini.

LIPIS – Seorang lelaki maut selepas lori dipandunya yang membawa muatan balak terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam 20 meter di Hutan Simpan Jelai dekat Sungai Koyan di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azli Mohd. Noor berkata, kejadian kira-kira pukul 3 petang itu berlaku ketika mangsa berumur 40-an yang merupakan warga Myanmar sedang membawa muatan kayu balak.

“Ketika melalui selekoh serta menuruni bukit, mangsa gagal mengawal lori yang terbabas ke arah kanan jalan dan terjunam ke bawah gaung lebih kurang ketinggian 20 meter.

“Akibat kemalangan mangsa telah tersepit dibahagian pintu hadapan sebelah pemandu dan mengalami cedera parah serta meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.

Menurut Azli, mayat mangsa dibawa ke Hospital Lipis untuk bedah siasat dan kes disiasat msngikut Seksysn 304 A Kanun Keseksaan.

Katanya berdasarkan siasatan awal mendapati lokasi kejadian adalah jalan tidak berturap dan berselekoh serta menuruni bukit.

“Siasatan awal mendapati punca kemalangan adalah akibat kecuaian pemandu yang gagal mengawal kenderaan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI