fbpx

LKIM jamin bekalan ikan cukup sepanjang tempoh monsun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD FAIZ menyampaikan peralatan menangkap ikan kepada salah seorang nelayan sempena Majlis Ramah Mesra Madani Pengerusi LKIM Bersama Nelayan Negeri Johor di Kompleks Nelayan Kampung Pasir Gudang Baru, Johor Bahri hari ini. -Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memberi jaminan bekalan ikan untuk pasaran tempatan mencukupi sepanjang tempoh Monsun Timur Laut (MTL) yang diramal bermula bulan depan hingga Mac 2023.

Pengerusi LKIM, Muhammad Faiz Fadzil berkata, pihaknya telah menyediakan beberapa inisiatif bagi menjamin perkara tersebut sebagai persediaan awal termasuk mendapatkan bekalan ikan dari negeri atau kawasan yang tidak terjejas sekiranya monsun melibatkan pantai timur Semenanjung.

“LKIM juga ada menyediakan ikan sejuk beku yang disimpan menggunakan teknologi penyejukbekuan ‘Individual Quick Freezing’ (IQF). Ini adalah teknologi pemprosesan yang menjamin kesegaran ikan dimana ikan-ikan itu akan dijadikan stok penimbal dan sedia untuk dipasarkan kelak.

“Kita mempunyai bekalan ikan IQF sebanyak 90 tan metrik yang disimpan dalam bilik sejuk beku milik LKIM ketika ini. Selain itu, rakan dagang kita iaitu pihak swasta yang bekerjasama dengan kita juga mempunyai simpanan berjumlah 1,600 tan metrik,” katanya di Kompleks Nelayan Kampung Pasir Gudang Baru, di sini hari ini.

Tambah Muhammad Faiz, LKIM juga telah menyediakan peruntukan sebanyak RM200,000 untuk membeli ikan tambahan bagi memastikan bekalan produk itu mencukupi dalam tempoh berkenaan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI