KUCHING – Hasrat Penang FC untuk menamatkan kemarau kemenangan tidak kesampaian apabila terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri tanpa jaringan dengan Kuching City di Stadium Negeri, sebentar tadi.
Bagaimanapun, satu mata ini sudah cukup untuk menyerlahkan perubahan buat tuan rumah sejak mula dilatih oleh Aidil Sharin Sahak.
Terdahulu, Kuching City memulakan aksi dengan lebih baik dengan Penang FC dilihat lebih banyak menanti peluang untuk menggerakan serangan namun situasi itu hanya bertahan 15 minit pertama permainan.
Bersambung babak kedua, aksi lebih kurang sama terus dihidangkan dengan menyaksikan kedua-dua wajar rasa kecewa kerana gagal menyempurnakan beberapa peluang tercipta.
Beberapa pertukaran yang dilakukan juga masih gagal beri impak besar kepada corak permainan untuk memaksa kedua pasukan berpuas hati berkongsi satu mata. – KOSMO! ONLINE