fbpx

Lelaki warga emas hilang selepas keluar rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba bersama polis dan penduduk kampung menjalankan operasi mencari warga emas yang dilaporkan hilang di Kampung Saseh, Pos Perwor di Sungai Siput hari ini.-IHSAN JBPM

SUNGAI SIPUT – Seorang lelaki warga emas berusia 68 tahun dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah di Kampung Saseh, Pos Perwor di sini sejak kelmarin.

Kehilangan lelaki Orang Asli dikenali Ali Pandak itu disedari keluarganya pada pukul 8.30 pagi sebelum usaha mencari mangsa dijalankan di kawasan sekitar.

Difahamkan, warga emas terbabit tidak pernah keluar bersendirian dari rumah kerana faktor kesihatan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Siput, Mohd. Jamalludin Mat Yusop berkata, pihaknya menerima maklumat kehilangan mangsa daripada pihak polis pada 2.34 petang semalam.

Katanya, berdasarkan maklumat, usaha mencari mangsa dilakukan keluarganya namun sehingga semalam, lelaki itu masih gagal dijumpai.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dijalankan semalam melibatkan kawasan sekitar kebun getah. Seramai 20 anggota terlibat termasuk bomba, polis dan penduduk kampung.

“Pencarian mangsa diteruskan pagi ini dengan radius pencarian diperluaskan sehingga empat kilometer ke kawasan hutan berhampiran,” katanya di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI