fbpx

Kejohanan futsal gamatkan debaran El Clasico

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ENAM pasukan terdiri daripada organisasi media dan kelab penyokong Real Madrid dan Barcelona menyertai saingan mini futsal anjuran La Liga Malaysia semalam.

KUALA LUMPUR – Bagi menghangatkan lagi pertemuan El Clasico antara Barcelona dan Real Madrid malam ini, La Liga Malaysia menganjurkan kejohanan futsal membabitkan organisasi media tempatan bersama kelab penyokong kedua-dua pasukan itu.

Saingan berlangsung di SP Sports Park semalam turut dijadikan lokasi tayangan gergasi El Clasico pada malam ini melibatkan kedua-dua kelab penyokong terbabit.

Dalam kenyataan media yang dikongsikan, La Liga sangat teruja untuk menganjurkan acara itu, membawa keghairahan dan intensiti persaingan ikonik antara Barcelona dan Real Madrid kepada peminat di Kuala Lumpur.

El Clasico terkenal dengan semangat kompetitifnya dan acara siaran langsung itu bertujuan mencipta semula suasana stadium dan menyatukan peminat dalam meraikan perlawanan yang indah.

Selain menyediakan tayangan gergasi, pelbagai acara sampingan turut diadakan antaranya cabutan bertuah, teka jaringan bola, permainan bola sepak mini dan banyak lagi.

Malah, makanan dan minum juga disediakan secara percuma buat pengunjung yang hadir malam ini.

“Tempah slot anda di acara yang meriah ini dengan mendaftarkan diri melalui laman web kami. Layani www.sambill-park.com/laliga untuk RSVP dan menjaminkan tempat duduk anda untuk malam yang pasti tidak akan dilupakan,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, kejohanan futsal melibatkan organisasi media tempatan bersama kelab penyokong dimenangi kelab penyokong Real Madrid menumbangkan Tiktokers Allstars di perlawanan akhir.

PERJALANAN Team Media FC terkandas di peringkat separuh akhir selepas menjuarai saingan Kumpulan A.

Pasukan media yang diberi nama Team Media FC terdiri daripada gabungan wartawan sukan Kosmo!, Utusan Malaysia, Harian Metro, Berita Harian dan TV3 tersekat di separuh akhir selepas menjuarai saingan Kumpulan A.

Team Media FC tewas 0-2 kepada Tiktokers Allstars di separuh akhir selepas muncul juara Kumpulan A hasil kemenangan 1-0 ke atas FC Barcelona Malaysia dan seri 2-2 dengan SP Sports Park Stars.

Selaku juara, kelab penyokong Real Madrid membawa pulang medal dan hadiah wang tunai berjumlah RM1,000, manakala Tiktokers Allstars menerima RM500 selaku naib juara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN