fbpx

Jenazah Badrul Muhayat dibawa ke Hospital Seberang Jaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah Badrul Muhayat dibawa ke Hospital Seberang Jaya dari sebuah inap desa di Taman Pauh Jaya untuk tindakan lanjut. Foto oleh Pix SITI NUR MAS ERAH AMRAN/KOSMO!

SEBERANG JAYA – Jenazah pelakon senior, Badrul Muhayat, 55, dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) dengan menaiki kenderaan polis, sebentar tadi.

Jenazah dibawa dari inap desa di Taman Pauh Jaya di sini, kira-kira pukul 2.50 petang sebelum pihak hospital memutuskan sama ada proses bedah siasat akan dijalankan atau sebaliknya.

Difahamkan, jenazah akan dimandi dan dikafankan di Masjid Jalan Baru dan dijangka di dibawa pulang ke kampung halamannya di Johor Bahru.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan berita kematian pelakon senior, Badrul Muhayat, pagi tadi yang dikongsikan rakan pelakon, Anne Abdullah menerusi Facebook miliknya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI