fbpx

‘Ini kelemahan kami hingga terjadi goyang gerudi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar video aksi pengunjung Karnival Jelajah Makanan Johor di Dataran IKS Simpang Renggam, Kluang yang melakukan tarian goyang gerudi sehingga karnival ditutup serta-merta.

KLUANG – Penganjur Karnival Jelajah Makanan Johor yang diadakan di Dataran Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Simpang Renggam di sini memohon maaf atas kejadian goyang gerudi ketika persembahan kumpulan band tempatan Rabu lalu.

Berikutan kejadian yang ditularkan dalam media sosial itu, penganjur telah menerima kecaman daripada pelbagai pihak sehingga menyebabkan karnival terpaksa dihentikan permit penganjuran kerana telah melanggar syarat ditetapkan oleh pihak Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR)

Permohonan maaf yang dimuat naik dalam laman sesawang Facebook itu menyatakan pihak penganjur mengakui kesilapan atas kelemahan pihaknya yang gagal mengawal pengunjung pada malam kejadian.

Menurutnya lagi, pihaknya tidak berniat untuk mencemarkan penganjuran karnival ini selain hanya untuk memeriahkan program yang dianjurkan.

“Namun, akibat daripada kelemahan kami yang telah gagal mengawal kelakuan pengunjung secara tidak langsung telah mencemarkan nama baik MDSR.

“Oleh itu, kami mengakui bertanggungjawab atas kejadian itu serta berterima kasih dengan teguran diberikan dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan sama di mana-mana program dianjurkan,”katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI