fbpx

K2

Kahwin serupa dengan pelacur, isteri kenakan bayaran RM500 untuk ‘bersama’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tahun pertama perkahwinan Muazam langsung tidak pernah ‘bersama’ isterinya, Wani dan tahun kedua isterinya itu membenarkan mereka bersama dengan syarat dikenakan bayaran RM500 setiap kali mahu bersama selain mesti memakai perlindungan. – Gambar hiasan

IKATAN cinta dua jiwa yang disatukan dan dihalalkan dengan pernikahan pastinya diharap akan berpanjangan.

Bagaimanapun, liku-liku cabaran yang menjengah kadangkala mampu memutuskan ikatan suci itu.

Kadangkala hubungan tersebut sudah cukup ampuh dipertahan, tetapi jika sudah tiada lagi jodoh, ia terpaksa dilepaskan jua walau menyakitkan.

Menyorot kembali rumah tangga yang terjalin antara Muazam (bukan nama sebenar) bersama bekas isterinya, pasti episod sedih itu membungkam hati lelaki berusia 38 tahun itu.

Tiga tahun berkahwin, Muazam hendak atau tidak perlu akur akan takdir yang telah tertulis buatnya.

“Saya kenal Wani (bukan nama sebenar) lebih kurang lima tahun lalu ketika sama-sama terlibat satu kursus.

“Wani boleh dikatakan anak orang berada. Ibu dan bapanya ada perusahaan sendiri, tetapi dia jenis mahu bekerja sendiri dan bebas melakukan apa sahaja tanpa dikawal keluarga,” katanya kepada K2.

Muazam mengakui sejak pertama kali bertemu Wani, hatinya mula terpikat dan jatuh cinta.

Justeru, meskipun sedar kekurangan diri dan tidak setanding dengan Wani yang jauh ‘lebih atas’, namun soal hati siapa boleh berbohong.

“Jadi, saya ketika itu beranikan diri memberikan salam perkenalan kepadanya. Dia menyambut kembali walau pada awalnya nampak kurang selesa.

“Dipendekkan cerita, perkenalan saya disambut Wani sebagai seorang kawan biasa sahaja. Dari situ juga saya mula mengenali keluarganya dan beberapa kali kami bertemu,” ujarnya.

Jelas Muazam, setahun selepas itu, Wani memberitahu ibu bapanya berkenan hubungannya dan mahu dijadikan calon menantu memandangkan Wani juga sudah menginjak usia.

Pun begitu, akui Wani, dia sebenarnya tiada hati dengan Muazam dan hanya menganggapnya sebagai kawan saja, tidak lebih daripada itu.

“Namun, disebabkan permintaan dan aturan keluarga kerana kedua-dua mereka sudah berkenan, Wani ikutkan lebih-lebih lagi dia merupakan anak tunggal dalam keluarga.

“Jadi urusan perkahwinan kami semuanya diuruskan keluarga belah mentua kerana mereka teruja menerima satu-satunya menantu lelaki dan kami pun selamat diijabkabulkan,” tuturnya.

Kongsi Muazam lagi, tiga bulan usai disatukan, Wani mula menunjukkan sisi sebenarnya yang tidak pernah dijangka.

Wani mengatakan Muazam boleh berkahwin dengannya tetapi tidak boleh memiliki dirinya. – Gambar hiasan

Kata anak jati Kuantan, Pahang itu lagi, walaupun dia dan isterinya sudah sah menjadi pasangan hidup, namun dirinya seolah-olah keseorangan tanpa belaian kasih sayang.

“Bukan mahu membuka aib, dua tiga bulan kami bernikah, sekali pun saya tidak pernah ‘sentuh’ dia apatah lagi untuk bersama.

“Isteri selalu cakap dia belum sedia dan tidak mahu disentuh. Dia mungkin boleh ‘dipaksa’ berkahwin bersama saya atas aturan keluarga, tetapi bukan bermaksud dia menjadi milik saya sepenuhnya.

“Tidur bersama pun jarang sekali dan biasanya isteri akan tidur asing dengan saya. Ada kalanya saya diminta untuk tidur di ruang tamu atau bilik lain berseorangan,” katanya.

Klimaks penceritaan, Muazam memberitahu, selepas setahun tidak pernah ‘bersama’, isterinya akhirnya memberi ‘keizinan’ untuk mereka bersama tetapi ada syarat tertentu.

Kata Wani, syarat tersebut adalah suaminya harus membayar sejumlah wang ringgit apabila ingin bersama dan wajib memakai perlindungan tiap kali ingin bersama.

Ujar wanita itu, peluang tersebut hanya diberikan sekali sahaja dan jika teragak-agak untuk membuat keputusan, ia dianggap batal.

“Lumrah seorang lelaki tiada apa selain nafsu syahwat. Nak atau tidak, saya kena terima kerana dia isteri saya yang sah.

“Jadi saya bersetuju dengan syarat ditetapkan dan sanggup bayar sejumlah wang yang ditetapkan iaitu RM500 setiap kali bersama dan mengikut syarat lain seperti yang ditetapkan.

“Saya ibarat macam nak bersama pelacur! Bayangkan lebih dua tahun saya terpaksa ‘labur’ duit untuk bersama dengan isteri sendiri. Saya tidak faham kenapa saya terlalu mengikut kehendaknya,” katanya.

Terus menerus diseksa batin, setelah berfikir masak-masak, Muazam nekad dengan keputusan.

Dia akhirnya ceraikan isterinya dengan talak satu usai genap usia perkahwinan tiga tahun.

Bagi Muazam, tiada apa yang disesali dan semuanya telah ‘dihalalkan’ buat Wani.

Meskipun keputusannya mencalarkan hati dan perasaan kedua-dua mentuanya tanpa mereka tahu perihal sebenar, Muazam tetap hormati mereka dan berjanji tidak akan pernah memutuskan silaturahim.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI