fbpx

Cuaca cerah hampir seluruh negara, pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan cuaca cerah hampir di seluruh negara pagi ini.

Menurut laporan MetMalaysia di laman Facebook, cuaca baik tersebut bakal berlarutan sehingga pukul 12.30 tengah hari, hari ini.

“Ribut petir dan hujan lebat di Semenanjung hanya dijangka berlaku di negeri Perak.

“Di Sabah, ribut petir dijangka berlaku di kawasan Pedalaman, Sandakan, Kudat dan Wilayah Persekutuan Labuan,” jelasnya.

Menurut laporan sama, di Sarawak, hujan turut diramal berlaku di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang.

“Sementara itu, di negeri lain, cuaca diramal cerah sehingga tengah hari,” katanya dalam hantaran sama.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI