fbpx

Bapa sebut ‘satu set alat sekolah’ semasa akad nikah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tetamu majlis itu ketawa melihat gelagat bapa pengantin perempuan. - TikTok

JAKARTA – Seorang bapa tular di media sosial Indonesia kerana tersilap menyebut ‘set alatan sekolah’ semasa akad nikah anak perempuannya, lapor laman berita SindoNews semalam.

Video kejadian itu dimuat naik dalam akaun TikTok @kurirgunung.

Lelaki itu dilihat menggenggam tangan pengantin lelaki di hadapan saksi sambil melafazkan akad nikah. 

Namun, daripada menyebut ‘set alat solat’, bapa pengantin perempuan itu menyebut ‘set alat sekolah’ kerana gementar.

“Saudara Chandra Bachtiar. Saya kahwinkan kamu dengan anak saya, Tria Anawati dengan mas kahwin satu set alat sekolah. Eh, solat,” kata bapa pengantin perempuan.

Saksi dan tetamu yang hadir ketawa melihat gelagat bapa pengantin perempuan. Pengantin lelaki tidak dapat menahan dirinya lalu menutup muka menggunakan tangannya.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Satu set alat sekolah dibayar koperasi,” komen seorang netizen.

“Dengan mas kahwin satu set alat sekolah dibayar dengan peperiksaan,” komen netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI