fbpx

Badrul Muhayat sering cakap soal mati – rakan karib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Media ketika menemuramah rakan Allahyarham Badrul Muhayat di sebuah inap desa di Taman Pauh Jaya, Seberang Jaya, hari ini. Foto oleh NUR MAS ERAH AMRAN/KOSMO!

SEBERANG PERAI – Allahyarham Badrul Muhayat yang dilaporkan meninggal dunia ketika tidur di sebuah inap desa di Taman Pauh Jaya, di sini pagi tadi sering bercakap mengenai soal kematian sejak bulan lalu.

Rakan karibnya yang juga pelakon, Zazly Baginda, 51 berkata, arwah juga kelihatan lebih mesra berbanding biasa

Katanya, hubungan mereka menjadi rapat kebelakangan ini sejak menyertai Karnival UDA 2023 anjuran UDA Holdings Berhad (UDA) bermula September lalu.

“Bulan lepas, arwah ada berkata dia rasa mahu mati tetapi saya tak ambil kisah, biasalah untuk kita sebagai umat Islam mengingati kematian. Memang tak sangka itu petanda dia akan meninggalkan kita semua.

“Sesungguhnya, karakter arwah amat menyenangkan dan seorang individu yang sangat baik,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Zazly yang juga suami Aida Aris berkata, semalam adalah kali terakhir beliau bertemu arwah di Karnival UDA 2023 di Jalan Baru, Perai kira-kira pukul 9 malam.

“Arwah ada datang berjumpa saya memaklumkan dia mahu balik ke ‘homestay’ kerana letih namun tidak menunjukkan sebarang perubahan.

“Saya pun memintanya pulang untuk berehat dan itulah kali terakhir kami berbual sebelum arwah meninggal dunia pagi tadi.

“Perancangan untuk kami ke Sabah bagi menyertai program Karnival UDA di sana tidak kesampaiam ,” katanya.

Sementara itu, pekarangan inap desa dipenuhi rakan selebriti lain yang turut terlibat dalam karnival terbabit antaranya Nadia Kesuma, Syanie dan Aznah Hamid.

Allahyarham Badrul Muhayat atau nama sebenarnya Badrul Muhayat Ahmad Jailani pernah memenangi Pelakon Filem Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) pada 1992 dan baru melangsungkan pernikahannya dengan Norhayati Zulkapli pada April lepas.

Menerusi perkahwinannya terdahulu bersama Julia Daud, Badrul Muhayat dikurniakan dua cahaya mata berusia 14 dan 16 tahun.

Allahyarham meninggalkan seorang balu yang baru dinikahinya pada 18 April lalu, Norhayati Zulkapli, 50. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI