fbpx

Badan putus dirempuh MPV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN motosikal ditunggang Muhammad Syafiq Haikal Abdullah selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 63.8 Lebuh Raya Utara Selatan (arah selatan), Kluang malam tadi.

KLUANG – Seorang remaja yang juga pelajar Kolej Vokasional Kluang maut selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 63.8 Lebuh Raya Utara Selatan (arah selatan) malam semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, Deputi Superintendan Nik Mohd Azmi Husin berkata, kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 7.45 malam itu melibatkan Muhammad Syafiq Haikal Abdullah, 16.

Muhammad Syafiq Haikal

Kemalangan membabitkan mangsa yang menunggang motosikal Yamaha LC serta kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Isuzu MUX dipandu lelaki berusia 29 tahun dan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard dipandu lelaki berusia 41 tahun.

Katanya, hasil siasatan awal ketiga-tiga serta beberapa kenderaan lain dalam perjalanan dari arah yang sama daripada Kuala Lumpur ke Johor Bahru.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, penunggang motosikal telah melanggar belakang SUV Isuzu MUX yang berada di hadapannya menyebabkannya terjatuh di atas jalan raya.

“Kenderaan MPV jenis Toyota Alphard yang berada di belakang motosikal itu serta beberapa kenderaan tidak dikenal pasti tidak sempat mengelak dan melanggar mangsa,”katanya melalui kenyataan hari ini.

Menurut Nik Mohd Azmi lagi, akibat daripada itu mangsa mengalami kecederaan parah selain terputus beberapa bahagian badan.

Ujarnya lagi, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang untuk proses bedah siasat.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI