fbpx

5 selebriti global ‘tuntut’ kemerdekaan Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bella Hadid (tengah) dan empat selebriti lain antara yang lantang menutut keamanan di bumi Gaza, Palestin.

SEJAK serangan hebat Zionis 7 Oktober lalu, bumi Gaza sudah menyaksikan lebih 5,000 rakyat Palestin terbunuh. Peperangan yang bertukar menjadi pembunuhan besar-besaran oleh Israel itu mengundang kecaman dunia.

Meskipun ramai selebriti antarabangsa dilihat mengambil langkah mengunci mulut dan ‘menikus’ tentang isu Palestin ini, masih ada segelintir daripada mereka yang berani ke depan dan lantang menyatakan sokongan terhadap Palestin.

  • Bella Hadid

SEKIAN lama lantang berhubung isu Palestin, Bella kekal dengan pendiriannya teguh memperjuangkan nasib rakyat Gaza meskipun berdepan ugutan dan ancaman daripada beberapa pihak pro-Israel.

“Saya tidak takut kehilangan kerja sebagai model dan saya akan terus bersuara tentang isu Palestin,” ujarnya.

Bukan Hadid sahaja, disebabkan kelantangan memberi sokongan terhadap Palestin, seluruh ahli keluarga juga terpaksa membuat laporan polis apabila menerima ugutan bunuh.

  • Gigi Hadid

Mengikuti jejak kakaknya Bella Hadid, suara Gigi berhubung isu Palestin menerusi Instagramnya telah menarik perhatian kerajaan Israel yang membalas dengan gambar sebuah bilik penuh dengan darah, mainan dan baju kanak-kanak.

Membalas kenyataan tersebut Gigi menyatakan, dia bertanggungjawab untuk menerangkan kepada rakan-rakan Yahudinya bahawa dia tidak menyokong orang yang mendatangkan kecederaan kepada mereka.

Namun, dia percaya menjadi seorang pro-Palestin tidak bermakna dia adalah ‘anti-semitisme’.

“Saya sangat simpati dan sedih dengan keperitan yang rakyat Palestin terpaksa lalui apabila hidup di bawah sekatan. Itu adalah tanggungjawab yang saya pegang setiap hari,” tulis Gigi dalam Instagram baru-baru ini.

  • BM

Penyanyi dari Korea Selatan, BM yang merupakan anggota kumpulan Kard antara yang tampil menyatakan sokongannya terhadap Palestin apabila memuat naik status dalam aplikasi X.

Biarpun bercakap tentang hari kelahiran, status berkenaan dilihat menyelitkan sokongan buat Palestin.

“Sementara saya masih berkesempatan menyambut ulang tahun kelahiran, terlalu ramai orang tidak bersalah di Gaza yang kehilangan keistimewaan itu.

“Tolong berdoa untuk mereka yang kehilangan nyawa dan mereka yang terdesak untuk mengakhiri semua ini,” tulisnya.

Status tersebut mendapat 2.4 juta tontonan dan pujian peminat global atas keprihatinan BM terhadap dunia.

  • Sonam Kaapor

Aktres Bollywood terkenal Sonam Kaapor secara terang-terangan menyatakan sokongannya terhadap Palestin apabila memuat naik status Instagram Story tentang kekejaman rejim Zionis terhadap kanak-kanak Palestin.

Meskipun begitu, Sonam tidak menyokong sebarang kekejaman yang dilakukan tidak kira terhadap pihak Palestin atau Israel.

“Separuh daripada penduduk Gaza adalah kanak-kanak. Jika kita ada rasa tanggungjawab terhadap kanak-kanak Israel, jadi kita ada rasa tanggungjawab yang sama terhadap kanak-kanak di Palestin,” tulisnya.

  • Zara Larsson

Penyanyi dan penulis lagu asal Sweden, Zara Larsson memuat naik status ringkas Instagram Story berhubung isu yang sedang berlaku di Palestin.

“Jadi semua menyokong Ukraine apabila Rusia menyerang tetapi bukan Palestin,” tulisnya.

Zara turut berkongsi status menerusi aplikasi X berkenaan rakyat Palestin yang terperangkap dan dibiarkan kelaparan serta ditidakkan hak mereka untuk mendapat bekalan elektrik dan air bersih.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI