fbpx

[VIDEO] Konflik Palestin-Israel: ‘Mama bangunlah, mereka kata mama masih hidup’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang kanak-kanak perempuan menangis teresak-esak ketika mengiringi jenazah ibunya.

PETALING JAYA – Seorang kanak-kanak Palestin menangis teresak-esak sambil mengiringin jenazah arwah ibunya yang terkorban akibat kekejaman tentera Israel.

Situasi pilu itu dikongsikan menerusi kumpulan Telegram Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman hari ini.

Kanak-kanak perempuan itu seperti tidak percaya dia telah kehilangan orang tersayang akibat peperangan dua negara terbabit.

Lebih menyedihkan lagi, kanak-kanak tersebut berkali-kali menyebut bahawa ibunya masih hidup dan meminta wanita itu untuk bangun kembali.

“Mama, tolonglah bangun. Mereka (orang ramai) beritahu engkau masih hidup. Bangunlah mama,” kata kanak-kanak itu sambil menangis.

Selain itu, dalam hantaran terbaharu Muhammad Nadir di media sosialnya, beliau memaklumkan setakat hari ini sebanyak RM40,000 telah dibelanjakan oleh pihaknya setiap hari bagi penyediaan bekalan makanan kepada 8000 orang.

Katanya, wang tersebut adalah antara hasil sumbangan orang ramai bagi membantu meringankan beban penduduk Palestin.

“Jumlah sebenar mereka yang memerlukan makanan ialah 1.2 juta orang.

“Jom pastikan mereka tidak kelaparan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI