fbpx

UCL: Newcastle tewas akibat kurang pengalaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEWCASTLE gagal memanfaatkan aksi di laman sendiri apabila beraksi di bawah tahap sebenar ketika tewas kepada Dortmund awal pagi semalam. - AFP

NEWCASTLE – Pengendali Newcastle United, Eddie Howe mengakui pengalaman telah menjadi pemisah apabila menyaksikan anak-anak buahnya tewas 0-1 pada aksi peringkat kumpulan saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi semalam.

Pada aksi di St. James Park itu, pasukan pelawat meraih gol tunggal hasil jaringan yang dilakukan oleh Felix Nmecha selepas The Magpies gagal memanfaatkan beberapa peluang keemasan yang dicipta.

Kata Howe, barisan pemain telah mempamerkan aksi di bawah prestasi sebenar selain pengalaman yang ada pada pasukan Dortmund berjaya memastikan mereka dapat meraih tiga mata penuh.

“Secara jujur, kami tidak berada pada tahap terbaik dan apabila itu berlaku, bukan mudah untuk bersaing dalam dalam perlawanan UCL. Ini adalah pengalaman berharga buat pasukan meskipun saya lebih suka andai kita mencatat kemenangan.

“UCL adalah pentas elit, anda tidak boleh melakukan sebarang kesilapan dan itulah yang berlaku apabila mereka berjaya memanfatkan situasi tersebut. Apa yang pasti, Dortmund pasukan lebih berkualiti dan layak untuk menang kali ini,” katanya.

Sementara itu, Howe turut mengakui resah apabila dua jentera serangan utama pasukan, Alexander Isak serta Jacob Murphy disahkan mengalami kecederaan serius dan mungkin terpaksa diketepikan untuk tempoh yang panjang.

“Kita kehilangan pemain yang berkualiti. Sudah tentu ia bakal menjadi cabaran hebat kerana kita perlu meraih mata berharga pada baki tiga perlawanan andai mahu mara ke peringkat seterusnya,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI