fbpx

Tze Yong ‘tak berpeluh’ ke separuh akhir Terbuka Perancis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TZE YONG mendapat kemenangan percuma ke separuh akhir Terbuka Perancis selepas Vitidsarn menarik diri di suku akhir sebentar tadi. - AFP

PETALING JAYA – Pemain perseorangan lelaki kedua negara, Ng Tze Yong selangkah sahaja lagi untuk melangkah ke pentas final apabila meraih kemenangan percuma untuk mara ke separuh akhir Terbuka Perancis.

Tze Yong, 23, yang kini menduduki ranking ke-18 dunia, meraih kemenangan percuma tersebut selepas juara dunia dari Thailand, Kunlavut Vitidsarn menarik diri pada aksi suku akhir di Rennes sebentar tadi.

Ia bermakna pemain dari Johor Bahru itu bakal bertemu pemenang antara jaguh China, Li Shi Feng dari China atau Anthony Sinisuka Ginting dari Indonesia di peringkat separuh akhir esok.

Ia sekali gus mencerahkan peluang buat pemenang pingat perak Sukan Komanwel 2022 itu untuk memburu kejuaraan pertamanya tahun ini selepas muncul naib juara Terbuka Arctic di Vaanta, Finland.

Ketika itu, Tze Yong berjaya menumbangkan lawan-lawan di ranking lebih tinggi daripadanya seperti Chou Tien-chen, Lu Guangzu dan Kanta Tsuneyama untuk melangkah ke final pertama dalam siri jelajah dunia sebelum tumbang kepada Lee Zii Jia di final.

Kali terakhir Tze Yong menjuarai gelaran antarabangsa adalah Cabaran Antarabangsa Bahrain di Manama pada November tahun lalu selepas menewaskan pemain Taiwan, Kuo Kuan Lin 21-15, 20-22, 21-12 di perlawanan akhir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN