fbpx

Tukang kebun maut, motosikal rempuh lori berhenti bahu jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal Yamaha SM Sport 10 dinaiki Muhammad Shah Iqbal yang merempuh belakang sebuah lori diletakkan di bahu jalan di Kilometer 5, Jalan Chukai-Air Putih berhampiran Binjai, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Seorang tukang kebun maut selepas motosikal ditungganginya merempuh sebuah lori yang diletakkan di bahu jalan di Kilometer 5, Jalan Chukai-Air Putih berhampiran Petronas Binjai di sini tengah malam tadi.

Dalam kemalangan pada pukul 12.10 tengah malam itu, mangsa, Muhammad Shah Iqbal Abd. Rashid, 21, yang berasal dari Batu 5, Kampung Pengkalan Binjai di sini meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sewaktu kejadian, lelaki itu dikatakan dalam perjalanan ke sebuah kedai kotak di pusat bandar Chukai dari sebuah stesen minyak di Binjai.

“Mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha SM Sport 10 dikatakan tidak perasan keberadaan sebuah lori yang berhenti di bahu kiri jalan lalu merempuh belakangnya.

“Rempuhan itu menyebabkan dia cedera parah sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang melakukan pemeriksaan di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Hanyan berkata, mayat Muhammad Shah Iqbal telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman di sini untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI