fbpx

Tiga lagi mangsa penipuan di Myanmar diselamatkan termasuk wanita hamil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar ketika tiba di Balai Ketibaan KLIA2, Sepang malam ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR / KOSMO!

SEPANG – Tiga bekas rakan sekerja termasuk seorang wanita hamil hampir menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar sebelum mereka berjaya diselamatkan wakil Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO).

Menurut Aktivis MHO, Azirul Syafiq Sazali, ketiga-tiga mangsa berusia lingkungan 20an hingga 30an itu telah menaiki penerbangan dari Johor Bahru ke Bangkok, Thailand pada 16 Oktober lalu.

Katanya, mereka bersetuju ke Bangkok selepas terpedaya dengan tawaran pekerjaan yang diiklankan di media sosial sebagai pegawai khidmat pelanggan.

Jelasnya, dua mangsa terbabit adalah pasangan suami isteri manakala seorang lagi merupakan individu lelaki yang dikatakan mengenali antara satu sama lain ketika bekerja di Singapura.

“Mereka sanggup berhenti kerja di Singapura selepas terperdaya dengan tawaran sebagai pegawai khidmat pelanggan di Bangkok dengan gaji lumayan sebanyak RM15,000 sebulan.

“Selepas dibelikan tiket kapal terbang oleh ejen pekerjaan, ketiga-tiga mangsa memulakan perjalanan dari Johor ke Bangkok sebelum menaiki penerbangan seterusnya ke Chiang Rai,” katanya kepada kepada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA2) malam ini.

Katanya, mangsa juga dibawa ke suatu kawasan di tebing sungai yang merupakan sempadan antara Mae Sai dan Taichileik, Myanmar.

“Setelah dibawa ke tempat transit yang juga sebuah stor usang, ketika itu baru mangsa menyedari mereka telah diperdaya apabila mengetahui lokasi sebenar mereka ketika itu adalah Myanmar,” katanya.

Mengulas lanjut, Azirul Syafiq berkata, mangsa kemudiannya menghubungi pihak MHO dan meminta bantuan untuk diselamatkan.

Katanya lagi, kesemua mangsa tinggal selama beberapa hari di stor usang tersebut sebelum berjaya diselamatkan selain tidak sempat bertukar tangan kepada sindiket penipuan berkenaan.

“Setelah diselamatkan, kesemua mangsa dibawa ke balai polis di Taichileik sebelum diserahkan kepada pertubuhan bukan kerajaan tempatan untuk proses bawa keluar seterusnya kembali semula ke Bangkok,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI