fbpx

Tiada petisyen bagi tiga DUN Selangor kalah tipis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin (duduk tengah) ketika sidang akhbar hari ini. -Foto AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – Tiada petisyen akan difailkan bagi keputusan pilihan raya negeri (PRN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Medan, Sungai Kandis dan Dengkil.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, semakan akan dibuat beliau terhadap keputusan itu dengan peguam parti (PKR) yang ditentukan melalui Jabatan Pilihan Raya Pusat (JPRP) parti.

“Kita akan tengok balik kenapa tempoh hari tidak dimajukan (petisyen).

“Gombak Setia sudah dihantar ( namun) tiga DUN lain dalam penelitian. Tetapi saya difahamkan pihak peguam PKR merasakan kes-kes tersebut tidak mahu diteruskan.

“Jadi, kita serahkan kepada Jabatan Pilihan Raya Pusat (JPRP) (parti),” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan gabungan PH dan Barisan Nasional (BN) Selangor mempertimbangkan untuk memfailkan petisyen pembatalan di empat kerusi DUN yang majoriti kemenangannya tipis pada PRN kali ini.

Ini melibatkan kerusi Taman Medan, Sungai Kandis, Dengkil dan Gombak Setia dengan tiga daripadanya kalah dengan majoriti tipis dibawah 200.

Amirudin yang juga Menteri Besar Selangor memaklukan petisyen bagi DUN Gombak Setia dibuat Barisan Nasional (BN).

“Asas untuk kesalahan pilihan raya ini atas proses SPR. Ada juga atas kesalahan melanggari perjalanan pilihan raya.

“Justeru, saya rasa itu strategi pempetisyen iaitu BN dengan urusan SPR atau mahkamah untuk menetapkan,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI