fbpx

Statistik, data berusia 132 tahun boleh diakses melalui Statsdigital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Uzir (kanan) mendengar penerangan kakitangan PTAR tentang operasi kiosk StatsDigital.

SHAH ALAM – Data dan statistik negara yang berusia 132 tahun boleh diperoleh secara salinan penerbitan digital menerusi platform berpusat StatsDigital.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, sebanyak 3,181 buah penerbitan data dan statistik yang bermula bermula tahun 1891 boleh diakses di platform tersebut.

Jelas beliau, inisiatif tersebut dicetuskan apabila terdapat penerbitan terdahulu yang hanya mempunyai dokumen secara fizikal.

“Situasi ini dikhuatiri sekiranya penerbitan dan data lampau ini akan hilang dan sukar untuk diakses oleh pengguna luar malahan warga Jabatan Perangkaan (DOSM) sendiri.

“Antara penerbitan yang paling popular di platform berkenaan adalah
Indeks Harga Pengguna Malaysia, Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia, Perangkaan Getah Bulanan Malaysia, dan penerbitan bersejarah seperti Laporan Perumahan Negeri Sabah,1980 dan Perangkaan Penting Malaysia Barat 1966,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan kiosk Statsdigital di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam hari ini.

Menurut Uzir, usaha itu membolehkan DOSM maju selangkah lagi dengan membekalkan data siri masa seperti statistik penduduk dari tahun 1970 hingga 2020 dan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi tahun 1947 hingga tahun 2022 untuk dimanfaatkan oleh rakyat termasuk warga akademik, pensyarah dan mahasiswa sebagai input kajian.

Ujarnya, kolabrasi kiosk Statsdigital bersama PTAR UiTM Shah Alam
adalah untuk mewujudkan StatsDigital sebagai satu projek melestarikan penerbitan DOSM sebagai salah satu khazanah warisan negara.

“StatsDigital telah dilancar pada 2018 sebelum ditambah baik empat tahun kemudiannya melibatkan penambahan modul baharu iaitu Modul Penerbitan Lain dan ‘General Purpose For Other Publish’.

“Ia boleh dicapai semua peringkat menerusi pautan https://statsdigital.stats.gov.my/,” katanya. -KOSMO!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI