fbpx

Rumah terbakar, lelaki warga emas ditemukan rentung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memadam kebakaran yang meranapkan sebuah rumah di Kampung Halud Matu, Daro dan menyebabkan seorang lelaki warga emas rentung.

DARO – Seorang lelaki warga emas rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Halud Matu, di sini pada awal pagi, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 2.51 pagi dan menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daro ke lokasi.

Katanya setiba di lokasi mendapai rumah yang didiami lima sekeluarga itu terbakar 100 peratus, dengan mangsa yang dikenali sebagai Merais Arus, 68, dilaporkan terperangkap di dalam rumah berkenaan.

“Kerja pemadaman selesai sepenuhnya pada pukul 5.10 pagi dan mayat mangsa yang rentung dijumpai berdekatan pintu utama rumah terbabit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan punca kebakaran serta kerugian masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI