fbpx

RM10 juta baiki cerun Bukit Mewah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Izham ketika ditemui pemberita hari ini. -Foto AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – Peruntukan kecemasan sebanyak RM10 juta diluluskan bagi membaiki segera cerun runtuh di Bukit Mewah, Kajang dekat sini yang telah menjejaskan 27 buah rumah.

Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Izham Hashim berkata, ini bagi menstabilkan tanah di kawasan tersebut selepas masalah itu telah berlarutan sejak sekian lama.

Jelas beliau, kesemua penduduk di kawasan berkenaan dipindah dengan bantuan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan sebahagian mereka kini menyewa di tempat lain.

“Dahulu pergerakan itu kecil, tetapi lambat membuat tindakan kerana memerlukan proses untuk mendapatkan peruntukan. Justeru, sekarang kita gunakan kaedah kecemasan untuk selesaikannya dan tidak menggunakan kaedah tender biasa.

“Masalah tersebut sudah lama dan semakin serius sehingga nampak pergerakan tanah. Jadi, RM10 juta segera ini supaya kita stabilkan tanah, sebab sudah nampak struktur binaan dalam tanah,” katanya ditemui selepas majlis penyerahan sumbangan kerajaan negeri kepada Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin, hari ini.

Kata Izham, pihaknya akan membuat lawatan ke kawasan tersebut pada Ahad ini bagi meninjau keadaan cerun tersebut,

Dalam perkembangan berasingan, Izham menjelaskan kerajaan negeri sedang meneliti permohonan penduduk Bukit Tarik, Hulu Selangor untuk mendapatkan kemudahan infrastruktur termasuklah jalan raya, sambungan bekalan elektrik serta air bersih.

“Itu sudah dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). Kita sudah melihat dengan lebih teliti bagaimana untuk mengatasinya sebab ini bukan perkara baharu (sebalik) sudah 30 tahun,” ujarnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI