fbpx

Pemilihan Sultan Nazrin sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong berita gembira buat rakyat Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAARANI (tengah baju biru) memegang kad replika sumbangan dan bergambar bersama pelajar yang menerima bantuan cermin mata di Grik, Perak hari ini.

GERIK – Pemilihan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong adalah berita gembira buat seluruh rakyat negeri Perak.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, rakyat negeri itu mendoakan Sultan Nazrin untuk menjalankan tugas baginda sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

“Sudah tentu ini merupakan penghargaan dan berita gembira bagi seluruh rakyat negeri perak. Kami seluruh rakyat negeri Perak mendoakan semoga Allah sentiasa merahmati, memberi petunjuk dan hidayah-Nya kepada Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan untuk menjalankan tugas baginda sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Bicara Profesional dan Apresiasi Menteri Besar bersama Warga Pendidik Daerah Hulu Perak di Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Perak, di sini hari ini.

Dalam majlis yang dihadirinya, Saarani turut menyampaikan bantuan cermin mata kepada sebahagian murid dan pelajar sekolah daripada golongan berpendapatan rendah (B40) di Perak yang mengalami masalah penglihatan.

Menurut Yayasan Perak, secara keseluruhan seramai 1,337 murid dan pelajar menerima sumbangan itu melibatkan perbelanjaan RM228,200 dengan kos bagi sepasang cermin mata antara RM150 hingga RM250 seorang.

Program bantuan itu dinamakan sebagai YP Eye Sinar 2023 dengan sumbangan diberikan kepada murid yang memerlukan pemakaian cermin mata dalam kalangan pelajar Tingkatan 4, 5 dan 6. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI