fbpx

Pakej khas umrah RM4,990 beri peluang lebih ramai ke Tanah Suci

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian jemaah kumpulan pertama menggunakan pakej umrah khas ditawarkan Andalusia berlepas ke Jeddah menerusi pesawat Saudia di KLIA Terminal 1 pagi tadi. -Foto FAISOL MUSTAPA

SEPANG- Pakej khas umrah bernilai RM4,990 yang ditawarkan Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia) disifatkan menjadi antara inisiatif terbaik bagi memastikan lebih ramai umat Islam khususnya golongan B40 berpeluang mengerjakan ibadah itu di Tanah Suci.

Ahli Lembaga Pengurusan Umrah Andalusia, Norrul Balqes Abu Bakar berkata, meskipun pakej khas itu ditawarkan pada harga murah, namun kesemua jemaah bakal menikmati perkhidmatan penuh ketika mengerjakan umrah.

“Sebelum ini, pakej ekonomi yang kami tawarkan bermula sekitar RM6,990, jadi pakej RM4,990 itu memberi peluang kepada lebih ramai jemaah khususnya mereka yang terkesan Covid-19 untuk ke Tanah Suci.

“Menariknya, jemaah juga bakal menikmati layanan seperti pakej ekonomi lain termasuk diterbangkan menggunakan penerbangan premium iaitu menerusi penerbangan Arab Saudi Saudia Airlines (Saudia),” katanya kepada Kosmo! di Lapangan Terbang Antarabangsa di sini tadi.

Terdahulu, seramai 135 jemaah menjadi kumpulan pertama diterbangkan ke Jeddah menerusi pakej khas umrah Andalusia di mana mereka dijadualkan berada di Mekah selama tujuh hari selain lima hari di Madinah.

Mengulas lanjut, Norrul Balqes berkata, setakat ini, seramai 400 jemaah telah menempah pakej umrah berkenaan yang mana penerbangan kumpulan kedua bakal berlepas pada 31 Oktober depan melibatkan sejumlah 180 jemaah.

“Jadi, kami akan meneruskan sesi perbincangan bersama Saudia bagi mendapatkan tawaran tiket penerbangan berpatutan seterusnya mewujudkan lebih banyak pakej khas untuk lebih ramai orang ke Tanah Suci,” katanya.

Sementara itu, seorang jemaah, Zaid Jabir Jamaluddin, 27, turut berharap agar penawaran pakej khas umrah dapat diteruskan pada masa depan bagi membantu lebih ramai orang ke Tanah Suci.

“Apabila harga ditawarkan lebih murah, saya percaya ramai umat Islam khususnya mereka yang kurang berkemampuan mempunyai lebih peluang untuk mengerjakan umrah.

“Selain itu, pakej berkenaan juga membuka ruang kepada golongan seperti pelajar untuk mengerjakan umrah berikutan harga ditawarkan begitu berpatutan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI