fbpx

‘Mohon doakan Adam segera sembuh’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Adam (gambar kecil) ketika mendapatkan rawatan di hospital akibat penyakit leukemia.

PETALING JAYA – Sepasang suami isteri melalui ujian berat apabila anak bongsu mereka berusia empat tahun yang dahulunya sihat disahkan menghidap penyakit Acute Lymphoblastic Leukaemia tahun lalu.

Ekoran penyakit itu, Muiza­damshah Mahlil terpaksa menjalani rawatan kemoterapi dan bergantung dengan ubat-ubatan selain menjalani pemeriksaan berkala di Hospital Tunku Azizah (HTA), Kuala Lumpur.

Disebabkan penyakit itu juga, si cilik itu pernah ditahan beberapa kali di hospital kerana pucat dan asma.

Ibunya, Nor Affni Mohd. Razol, 34, berkata, dia menguruskan Muizadamshah atau Adam sepenuhnya memandangkan suami­nya, Mahlil Mahmud, 38, bekerja di Raub, Pahang.

Dia yang merupakan suri rumah tinggal bersama tiga lagi anak berusia 7, 12 dan 15 tahun di sebuah flat di Sungai Buloh.

“Jika Adam mempunyai janji temu di HTA, saya akan menunggang motosikal bersama anak lelaki ke stesen tren Sungai Buloh sebelum menaiki pengangkutan awam ke sana. Kalau Adam perlu ditahan di wad, kami perlu sediakan duit sehingga RM500.

“Biasanya (pemeriksaan) sebulan sekali. Jika tidak okey, mungkin setiap minggu atau dua ming­gu sekali,” katanya kepada Kos­mo! baru-baru ini.

Nur Affni memberitahu, Adam juga bergantung dengan susu kerana tidak mempunyai selera makan. Kanak-kanak itu memerlukan sehingga empat kotak susu sebulan serta lampin pakai buang.

“Kami terpaksa berjimat sebab anak-anak lain masih bersekolah. Ada pertubuhan bukan kerajaan bagi pendingin hawa kerana Adam tidak tahan panas, jika tidak kulitnya menggelupas.

“Jadi saya mohon doakan kesihatan Adam agar dia sembuh dan aktif seperti kanak-kanak lain,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin meng­hulurkan sumbangan boleh menghubungi Nor Affni di talian 019­-9004781 atau menyalurkan ke akaun Maybank bernombor 163091147907 atas nama Mahlil.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI