fbpx

Lelaki upah rakan culik, minta tebusan daripada ibu sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zixiang meminta dua rakannya menelefon ibunya dan berpura-pura menjadi penculik. - Mothership

SINGAPURA – Seorang lelaki di Singapura ditahan kerana mencederakan diri sendiri dan meminta rakannya menyamar sebagai penculik untuk memeras wang tebusan berjumlah SGD$200,000 (RM 698,383) daripada ibunya, lapor laman berita Mothership semalam.

Menurut dokumen mahkamah, Chen Zixiang bertemu rakannya, Jivin s/o Uthirapathy sekitar 10 tahun lalu melalui sebuah forum poker.

Pada 5 Januari lalu, Jiavin dan rakannya, Chen Shijie mengunjungi rumah Zixiang untuk bermain poker namun perjudian itu dibatalkan kerana mereka tidak cukup pemain.

Zixiang kemudian meminta Jaivin dan Shijie membantunya memeras wang daripada ibunya. Jaivin terpaksa akur dengan permintaan itu kerana dia berhutang dengan Zixiang.

Mengikut rancangan Zixiang, dia akan menghubungi ibunya dan berbohong bahawa dia pernah menjadi penipu (scammer).

Kemudian, Zixiang akan menipu bahawa dia telah diculik oleh mangsa penipuannya dan dia hanya akan dibebaskan selepas ibunya membayar sejumlah wang tebusan.

Untuk menjadikan plot mereka lebih meyakinkan, Zixiang memukul lengan dan badan kirinya dengan kerusi plastik sebelum menghubungi ibunya untuk meminta wang tebusan SGD$200,000.

Selepas ibu Zixiang memberitahu dia tidak mempunyai wang sebanyak itu, dia menggunakan objek berat untuk memukul lengan kirinya sekali lagi sehingga menyebabkan ia membengkak.

Zixiang meminta Jaivin dan Shijie bercakap dengan ibunya dengan berpura-pura menjadi penculiknya. Zixiang menurunkan jumlah tebusan kepada SGD$20,000 (RM69,795), tetapi ibunya hanya memindahkan SGD$1,000 (RM 3,489).

Memandangkan peristiwa tidak berlaku mengikut perancangan, Zixiang memutuskan untuk pulang ke rumah.

Dia terkejut apabila mengetahui bahawa ibunya telah menghubungi polis dan pegawai polis telah tiba di rumahnya. Ketika itulah komplot mereka terbongkar. 

Jaivin dijatuhi hukuman penjara tujuh minggu pagi kelmarin selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan konspirasi untuk menipu dan melakukan kerosakan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI