fbpx

Konflik Palestin-Israel:Hamas siar nama 7,000 mangsa korban serangan Zionis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ASAP dan api menyelubungi sebuah kejiranan yang dibom tentera Israel di Bandar Gaza semalam. – AFP

BANDAR GAZA  – Hamas semalam menyiarkan senarai nama hampir 7,000 penduduk Semenanjung Gaza yang terbunuh dalam serangan udara dan bedilan artileri Israel selepas presiden Joe Biden meragui angka korban Palestin.

Hamas mengatakan, seramai 7,028 orang terkorban di Gaza sejak serangan ke atas Israel pada  7 Oktober lalu yang didakwa Rejim Zionis,   menyebabkan 1,400 orang terbunuh terutamanya orang awam.

Senarai Hamas yang mengandungi 6,747 nama itu dikeluarkan kementerian kesihatannya. Ia menyatakan  jantina, umur dan nombor kad pengenalan setiap mangsa. Kementerian sama  berkata, sebanyak 281 mayat masih belum dapat dikenal pasti.

Menurutnya dalam satu kenyataan, Amerika Syarikat (AS) ‘secara biadab’  menimbulkan keraguan tentang kebenaran jumlah kematian yang diumumkan.

“Kami memutuskan untuk mengumumkan butiran nama mangsa yang terkorban  kepada seluruh dunia supaya kebenaran diketahui tentang pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan Israel terhadap rakyat kami.”

Terdahulu, Presiden AS Joe Biden berkata bahawa dia ‘tidak yakin’  dengan angka kematian yang diterbitkan oleh pihak Palestin.

“Saya pasti ada orang awam  terbunuh  dan itulah harga yang perlu dibayar untuk melancarkan perang,” kata Biden dalam satu  sidang akhbar di White House.

Ditanya mengenai angka korban Hamas kelmarin,  jurucakap tentera Israel Richard Hecht pula berkata, ‘apabila kementerian kesihatan Hamas menyiarkan angka kematian, jangan percayakannya’.

Hamas dan Israel turut melancarkan perang maklumat ketika pertempuran semakin sengit. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI