fbpx

Konflik Palestin-Israel: Wanita Gaza kekal tutup aurat, mahu syahid dengan sempurna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita Gaza menutup kepalanya dengan sehelai pakaian bagi mengelakkan auratnya terdedah disamping memegang senaskah al-Quran ketika mendapatkan rawatan. - Foto INSTAGRAM MUHAMMAD NADIR

PETALING JAYA – Kebanyakan golongan wanita di Gaza sentiasa memastikan pemakaian mereka menutup aurat meskipun mengalami kecederaan yang teruk.

Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkata, antara sebab mereka berbuat demikian adalah kerana patuh dengan kewajipan sebagai seorang wanita Muslim.

“Wanita ini, dalam keadaan sebegini pun bertungkus-lumus berusaha menutup aurat dengan sempurna.

“Wanita di Gaza berpakaian lengkap setiap waktu supaya kalau dibom dan syahid pun, mereka akan syahid dalam keadaan menutup aurat,” kongsinya menerusi satau hantaran di Instagram awal pagi tadi.

Menurut Muhammad Nadir, keadaan di Gaza semakin genting dengan serangan yang boleh berlaku bila-bila masa sama ada melalui darat mahupun udara oleh tentera Israel.

“Keadaan sangat getir dan kemungkinan serangan darat akan berlaku pada bila-bila masa,” katanya.

Pada masa sama, Muhammad Nadir meminta orang ramai untuk terus mendoakan saudara Islam di Palestin serta bagi yang berkemampuan boleh salurkan sumbangan melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar.

“Bertindaklah dengan doa dan donasi kalian sebelum bumi kita di sana diambil sepenuhnya,” pintanya.

Terdahulu, Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant menyatakan bahawa perang menentang kumpulan Hamas mungkin mengambil masa ‘berbulan-bulan’ tetapi ia akan menjadi perang terakhir menentang kumpulan tersebut.

Gallant meningkatkan retorik ketika berucap kepada pasukan tentera Rejim Zionis yang berkumpul untuk melancarkan serangan darat ke atas Gaza sebagai membalas serangan mengejut Hamas terhadap Israel pada 7 Oktober lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI