PETALING JAYA – Seorang wartawan Palestin, Hani Abu Rezeq mendedahkan, menjadi rutin wajib penduduk Palestin setiap pagi untuk membuat pengecaman mayat ahli keluarga mereka yang syahid akibat terkena bom mahupun tembakan daripada tentera Israel.
Katanya, ribuan penduduk terbunuh dengan kejam ekoran ketegangan di antara dua negara itu sehingga disifatkan bumi Palestin bermandikan air mata dan darah.
“This is how the morning of the 21st of the heat is like (Beginilah rasanya pagi ke 21 bermula),” tulisnya ringkas pada kapsyen video yang dimuat naik di Instagramnya hari ini.
Terdahulu, Hani memaklumkan serangan udara Israel ketika ini menyasarkan bangunan-bangunan universiti untuk dimusnahkan selepas berjaya meruntuhkan beberapa institusi keagamaan di seluruh Gaza termasuklah masjid dan gereja.
“Israel Air Force bombed the building of Al-Azhar University, the new campus in southern Gaza City (Tentera Udara Israel mengebom bangunan Universiti Al-Azhar, kampus baharu di selatan Bandar Gaza),” katanya. – KOSMO! ONLINE