fbpx

Jonah Chang berhasrat lontar peluru sejauh lebih 18m

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JONAH mencipta rekod baharu kebangsaan dalam acara lontar peluru dengan catatan baharu 17.67 meter (m) pada Kejohanan Lontaran Asia 2023 di Mokpo, Korea Selatan.

PEMEGANG rekod baharu kebangsaan, Jonah Chang Rigan menegaskan, tidak mustahil dia mampu menjadi atlet lontar peluru negara yang pertama dapat membuat balingan sejauh 18 meter (m).

Keyakinan diri Jonah, 20, ketika ini pada tahap tertinggi selepas memadam rekod lontar peluru kebangsaan berusia 12 tahun dengan catatan baharu 17.67 meter (m) pada Kejohanan Lontaran Asia 2023 di Mokpo, Korea Selatan minggu ini.

Ia sekali gus mengatasi catatan pemegang rekod terdahulu iaitu 17.54m dilakukan Adi Alifuddin Hussin sewaktu Sukan SEA 2011 di Palembang, Indonesia.

Tanpa berselindung, Jonah yang ditemui pada majlis perjanjian penajaan antara Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) dan Cahya Mata Sarawak Berhad kelmarin, percaya rekod baharunya itu mampu dipecahkan lagi selepas ini.

“Tak mustahil boleh buat jarak 18 m. Apa yang penting adalah teknik sahaja. Jika teknik sempurna, memang boleh buat dan sekarang perlu pastikan teknik konsisten dalam setiap balingan.

“Jujur memang saya sendiri tak jangka dapat pecahkan rekod sebab tujuan saya ke sana lebih kepada memperbaiki teknik ba­lingan. Lagipun bukan senang nak pecahkan rekod kebangsaan.

“Kalau boleh saya hanya mahu melakukan yang terbaik untuk mendapatkan keputusan lebih baik, mungkin menjadi yang pertama dalam Malaysia dapat melakukan jarak 20 m,” kata Jonah.

Jika boleh konsisten dengan balingan antara 18 m hingga 20 m pada masa depan, tidak mustahil atlet dari Sarikei, Sarawak itu boleh merebut kedudukan po­dium di pentas tinggi seperti Sukan Asia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI