PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) melaporkan beberapa negeri di Semenanjung dan Sabah bakal dilanda hujan dan ribut petir, pagi ini.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan dalam laman sesawangnya, ribut petir diramal berlaku di dua buah negeri iaitu Kelantan dan Terengganu.
“Bagi Pulau Pinang, Perlis, Kedah, Perak dan Selangor pula diramal hujan di satu dua tempat,” katanya dalam hantaran yang sama.
Tambah MetMalaysia, di Sabah, hujan satu dua tempat diramal berlaku di Pantai Barat, Sandakan, Kudat dan WP Labuan.
“Manakala di Sarawak, kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang diramal cuaca cerah pagi ini,” katanya.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE